Resepi Lempeng Lembut dan Sedap Dan Cantik

Resipi Lempeng Lembut & Gebu

Bahan-bahan Lempeng [ Resepi Lempeng Lembut Guna Bahan Ringkas Sangat ]

  • 2 cawan tepung gandum
  • 500 ml air
  • 1 biji telur
  • 1 sk garam
  • 1 sk gula
  • 1 sk┬ábaking powder
  • 2 sb minyak masak

Cara Penyediaan – Cara Buat Lempeng

1- Masukkan telur, minyak masak, garam, gula dan sedikit air ke dalam pengisar dan kisar sehingga telur kembang.

2- Masukkan tepung dan serbuk penaik berselang seli dengan air untuk membuat adunan. Kisar sehingga tepung sebati.

3- Tuang adunan ke dalam mangkuk, biarkan selama sejam supaya serbuk penaik bertindak balas untuk mendapatkan pancake yang lembut dan gebu.

Cara memasak Lempeng

  • Panaskan kuali non-stick dan tuang adunan mengikut saiz kuali atau saiz yang anda suka.
  • Tunggu lempeng keluar buih . Dah agak kering barulah terbalikkan.
  • Tunggu sebentar hingga bahagian sebelah masak, kemudian angkat.
  • Boleh dihidangkan bersama sambal tumis ikan bilis. –Hasilkan Lempeng Yang Lembut, Gebu & Cantik