Resepi Tauhu Lembut Berserta Sos Tiram

Cara Membuat Resepi Tauhu Lembut

Bahan-bahan [ resepi masak tauhu lembut ]

5 keping tauhu lembut
1″halia hiris panjang
6 ulas bawang putih hiris nipis
20gm udang kering, saya guna ikan bilis rendam sekejap
10gm ikan bilis
1 tangkai daun bawang
5 sudu besar sos tiram
1 sudu teh serbuk lada sulah

Garam secukup, guna secubit

1 sudu besar minyak

Bahan yang saya tambah (tauhu lembut)

1/2 batang kecil lobak merah dihiris
1 biji cili merah dihiris

Cara menyediakan masakan  [ Cara membuat sos ]

  • Kacau bersama sos tiram, lada sulah dan garam, kemudian ketepikan.
  • Goreng udang dan ikan bilis tanpa minyak hingga garing.
  • Kemudian blend hingga rata, ketepikan.
  • Tumis halia dan bawang putih secara berasingan sehingga garing.

Cara memasak tauhu lembut [ Resepi Tauhu Lembut Sos Tiram ]

1- Tauhu hendaklah dikukus untuk mengeluarkan air yang berlebihan.
2- Kukus tauhu selama 15 minit supaya lembut dan gebu.
3- Selepas masukkan sos ke dalam mangkuk tauhu, kukus selama 5 minit.
4- Selepas tauhu masak, masukkan halia, bawang putih, udang kering dan ikan bilis.
5- Juga daun bawang yang dihiris.
6- Hidangkan makanan anda semasa masih panas.